.

   

Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki ketika mana mengupas kitab Minhajul ‘Abidin, beliau berkata, “ Imam al-Ghazali menempelak mereka yg hanya melakukan kefardhuan zahir tetapi meninggalkan kefardhuan batin. Sedangkan kedua-duanya diperintahkan oleh Allah swt untuk melaksanakannya”.

     "Kefardhuan zahir itu ialah solat,puasa,zakat & haji manakala kefardhuan batin itu ialah tawakkal, sabar, zuhud, redha, ikhlas dan sebagainya namun disebabkan kejahilan kita, maka kita tidak menyempurnakan kefardhuan batin tersebut".

     Berkata Imam Al-Ghazaly,"Kita tidak akan tahu tentang kefardhuan batin kerana ulama2 berpagi2 bersegera mengejar dunia".

                          

      “Ulama-ulama dunia memusuhi kitab-kitab karangan Imam Al-Ghazali kerana kitab-kitabnya mendedahkan keaiban ulama-ulama yg mengejar dunia.Maka ulama2 dunia tidak menyampaikan ilmu dari kitab Imam Al-Ghazali dgn alasan akan menjadikan umat Islam mundur dan tidak cintakan kpd dunia. Sesiapa yg suka kpd kitab Imam Al-Ghazali, maka mereka adalah anak2 akhirat & sesiapa yg memusuhi kitab2 Imam Al-Ghazali, itulah sebenarnya ahli bida'ah".

     “Ulama dunia tidak akan mengajar hakikat kefardhuan batin kerana hari ini ramai di kalangan orang 'alim yg menjadikan perkara ma'ruf sebagai mungkar & yg mungkar sebagai ma'ruf". "Hari ini kita dapat melihat ilmu-ilmu banyak ditukar dengan dunia yang hina.

     “Apabila kita meninggalkan perintah Allah dlm kefardhuan batin,maka Allah swt akan membiarkan kita terkapai2 di hari akhirat". Inilah kupasan tentang maksud "lupa" kita kpd Allah maka Allah juga "lupa" kpd kita. Maka kita wajib menyempurnakan kefardhuan batin & meninggalkan maksiat batin seumpama riak, ujub, takbur dan sebagainya.

     Syeikh Fuad al-Maliki berdoa,"Ya Allah, jika rezeki itu di langit Engkau turunkan ia, jika rezeki itu di bumi, Engkau keluarkanlah ia, jika ia jauh, Engkau dekatkanlah ia & janganlah sampai hambaMu ini meminta-minta dengan makhlukMu".

     Pesan Syeikh lagi, "Janganlah kita berkira-kira dengan Allah, selagi kita bekerja dgn Allah, maka Allah akan menjaga kita. Apabila kita diberi hadiah yg kita tidak pernah terfikir utk mendapatkannya, maka itu adalah anugerah dari Allah swt kepada kita. Jika ada keizinan dari Allah, walaupun duit kita hanya satu sen, maka apa yg dihajati akan berlaku tetapi jika tiada keizinan dari allah walaupun duit kita berjuta, tak mampu kita utk melaksanakan apa yg dihajati”.

Dipetik dan diolah dari tuan Mohd Hanif, Subuh di Darul Maliki.

2:45 AM

Doa Menggapai Husnul Khatimah..

Posted by .

     Sebaik-baik umur adalah yang diberkati, iaitu umur yang dipanjangkan dan penuh dengan taat kepada Allah. Manakala, Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah orang yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika pengakhiran hidupnya.

Di antara doa-doa yang perlu didawamkan adalah :


هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)


اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك

Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

"Manusia yang paling bijaksana adalah mereka yang terbanyak ingatannya akan kematian serta yang terbanyak amalannya sebagai persiapan untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar bijaksana dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat" (HR. Ibnu Majah).

 Moga2 di saat malaikat maut datang menjemput, diri ini berada dalam keadaan bersedia. Moga pengakhiranku dengan hati yg sedang merindukanMu dan kekasihMu, dengan keringat yg bercucuran di jalanMu. Ya Rahman, tidak ada kehormatan dan kemuliaan  kecuali dari engkau wahai pemilik sekalian alam, yg mengangkat darjat siapa pun yang Engkau hendaki dan menghinakan sesiapa jua yg Engkau kehendaki.
KepadaMu jua aku dikembalikan. Ya Allah, matikn daku dalam husnul khatimah, Jadikan hari terbaik bagiku adalah pada saat daku bertemu dengan-Mu. . Amin

11:14 PM

Matahari Dan ‘Pemiliknya’

Posted by .

Salam satu Malaysia.. Berita paling lucu tahun ini..

         sun062clipart1

     Setelah berbilion-bilion tahun menjadi harta awam, Matahari akhirnya menjadi milik perseorangan. Seorang wanita Sepanyol, Angeles Duran,49, mengatakan, menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya. Dia telah mendaftar kepemilikannya atas Matahari di pejabat notari awam tempatan.

    Duran memberitahu kepada harian El Mundo, edisi online, tindakan tersebut dilakukannya pada September yg lalu selepas dia membaca tentang seorang lelaki Amerika yang telah mendaftarkan dirinya sebagai pemilik Bulan dan sebahagian besar planet di Galaksi Bimasakti.

     Memang ada perjanjian antarabangsa yang menyatakan tak ada negara yang boleh mendakwa pemilikan atas satu planet atau bintang mana pun, tetapi perjanjian itu tidak menyebut tentang pemilikan individu, kata Angeles Duran.

    "Tidak ada halangan, saya membuat tuntutan saya secara undang-undang, saya tidak bodoh, saya tahu undang-undang. Saya melakukan itu, tetapi orang lain juga boleh melakukannya, cuma sayalah tuannya kerana saya yang pertama."

    Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

    Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada sesiapa sahaja yg menggunakan matahari. Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya.

=========================================================================

Al-GORE SAMAN DURAN

    Beberapa jam selepas mengetahui hal pemilik matahari tersebut, bekas Naib Presiden AS, Al Gore telah mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap wanita untuk kerosakan yang diakibatkan oleh pemanasan global.

" Saya serius mempertimbangkan untuk mengenakan Sepanyol tuntutan undang2", kata Gore kepada wartawan. "Duran akan mengumpulkan bayaran dari pengguna tenaga matahari dan dia mengatakan dia akan memberikan setengah wang kepada kerajaan Sepanyol. Dia tidak boleh menyembunyikan wang yang mudah "..

  Dalam sidang akhbar, seorang wartawan mengatakan kepada Gore bahawa pemanasan global lebih diparahkan oleh aktiviti manusia dan bukan sinar matahari. "Itu sebelum Matahari mempunyai pemilik yang jelas", Al-Gore berkata.

==========================================================================

    Pada masa yang sama, Perdana Menteri Denmark, Lars Lokke Rasmussen hari ini mengumumkan bahawa Denmark akan bergabung dengan bekas Naib Presiden AS Al Gore dalam tuntutan undang-undang menentang pemilik Matahari, Angeles Duran dari Sepanyol.

   Dalam sidang akhbar bersama-sama dengan Queen Margrethe, Rasmussen berkata kepada wartawan "Ketika saya pertama kali mendengar tuntutan Gore, saya tahu bahawa tuntutan ini akan berada dalam kepentingan rakyat Denmark".

    “Panjang waktu siang dan waktu malam sangat bervariasi di Denmark.. Siang yang pendek pada musim sejuk (matahari terbit 9 pagi, terbenam 4 petang) dan siang yang panjang pada musim panas (matahari terbit 4 pagi, terbenam 10 malam). Kami mahukan sedikit konsistensi di sini. Kami ingin memiliki jumlah sinar matahari normal spt orang lain, barulah adil.”tambahnya lagi.

"Al-Gore datang dengan skim yang cukup bagus, kami ingin bersama dengannya," kata Queen Margrethe kepada wartawan.

==========================================================================

p / s:   Haha..Lucu plak bila tahu ada minah salleh macam ni..nampak bodoh pun ye jugak. Suka hati dia je nak caj orang..Nak kutuk lebih2 pun tak guna jugak.  Yang penting kita umat islam tahu siapa Pencipta dan Pemilik sebenar segala yang ada kat dunia nie. =)

وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ

“Dan milik Allah-lah warisan (apa yang ada) di langit dan di bumi”

(Al-Imran : 180)

4:28 AM

Mat Saleh Dan P Ramlee

Posted by .

LAKONAN DARI FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK oleh BELACAN DAN PAKU

Hi mambang tanah, mambang api mambang angin..

Belacan dan Paku ni banyak buat video berbahasa Melayu. Banyak lakonan yg menarik untk ditonton. Lagi Video dr Belacan dan Paku : http://www.youtube.com/user/BelacandanPaku

LAGU ANAKKU SAZALI VERSI AUSTRALIA

Anakku Sazali By Raymond Crooke dari Australia

BEN BRADSHAW, PAKU DAN BELACAN

Cubaan Paku mengorat Minah Salleh Walaupun X tahu Berbahasa Inggeris =P

Lg video dr Ben Bradshaw : http://www.youtube.com/user/BenBradshaw1

P/s : Sesetengah Melayu malu berbahasa Melayu, Mat Saleh ni pula sibuk belajar B Melayu. =p

Salam..Lama tak menulis..Kali ni pun xnak menulis sangat. Hanya beberapa video untuk dikongsi..Santai..=)

MAT SALEH KECEK KLATE..

Akon KECEK KLATE (ALIH SUARA)..

ARab kecek Klate..

Sampai Badang Pun Kecek Klate..

Binatang Pun Pandai ..=)
P/s : Nak pandai byk bahasa.. Terutama Arab dan Mandarin..English ok. Dah macam air cakap..haha..

     Permulaan sem pendek..Semua baru..Semangat baru..Kelas baru..Kawan2 sekelas  ramai yg baru.. Ada junior, ada senior...

    Sem ni aku amik 2 subjek. Electronik dan Circuit Analysis..Memang kena speed.. Mungkin juga aku akan drop salah satu subjek by the end of this week.  Berkira2 untuk itu.

    Tadi aku agak terkilan..Ada sorang junior dlm kelas Electronik.. Malay student. Dia duk paling depan. Dengar lecturer mengajar..Sambil sebelah telinga dengar mp3@mp4..

   Langsung xdak rasa bersalah wat macam tu.. Kalau aku jadi lecturer tersebut, confirm aku halau. TIDAK BERADAB! Aku yg dibelakang pun rasa terganggu dengan tingkah laku itu. Geram pun ada.. Sedih pun ada tgk muka tak bersalah student tersebut.

Moden sangatkah kita? Sampai tidak boleh kalau hny sejam berenggang dgn mp3 untuk mendengar kuliah? Tidak boleh kalau hanya sejam x dengar lagu, duduk elok2 dihadapan orang yg nk mencurahkan ilmu.

   Kalau inilah yg kita amalkan, nescaya susah ilmu utk diperolehi. Kalaupun dapat, takut2 tiada keberkatannya kalau2 lecturer itu terasa hati. Mungkin lecturer tersebut tidak menegur, tp itu tidak bermakna beliau tidak berkecil hati.

    Contohilah para ‘ulama dahulu dalam menghormati guru mereka.  Lihatlah bagaimana adab seorang murid dan juga rakan kepada Imam Syafie rahimahullah. Berkata Rabi’ “"aku tidak berani meminum air sedangkan Imam Shafei sedang memandang ke arahku”.

   Itulah bezanya pencari ilmu zaman dahulu dan sekarang. Sekarang ramai yg merasakan gurunya hny sebagai kawan, malah kadang2 merasakan dirinya lebih bijak dan tahu dari gurunya. Moga di hari mendatang kita menjaga adab kita bersama guru2 kita .Insya-Allah keberkatan ilmu akan datang.

 

 

2:03 AM

Hidupkan Budaya Berguru…

Posted by .

 

     Bismillahirrahmanirrahim..

     Pesan Imam Syafie rahimahullah,  "Sesiapa yg tafaqquh dari perut kitab, maka dia telah kehilangan hukum-hakam". Para ulamak juga menyebutkan, "Antara kebodohan terbesar adalah menjadikan helaian-helaian sebagai syaikh".

     Kebanyakan dari kita, mahsiswa2, ahli gerakan JIK suka menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan. Bagus, itu satu tabiat yg baik. Sangat2 baik.. Sebutkan saja tajuk buku, semua dah dikhatam. Semua tersusun rapi di rak.Alhamdulillah, satu usaha yg sangat2 bagus.. Malahan, antara ayat pertama yg mula2 diturunkan kpd nabi Muhammad S.A.W pn menyuruh kita membaca. Betapa pentingnya kita rajin membaca.

UlamaGuruku, Al-Fadhil Ustaz Muhadir B Joll bersama  Sheikh Afeefuddin Al Gailani dan Habib Ali.

   Tutup kjp bab membaca..Masuk bab berguru.

       Ini ada satu kisah utk dikongsi bersama, Guruku(mg2 dia turut mengingatiku sebagai slh seorang murid yg pnh bljr dgnnya walau skjp), Tokku Ibrahim Pulau Manis(TOKKU) pernah bercerita, satu ketika di mana beliau telah ditegur dan dipandang sinis oleh beberapa orang yg mengutuk kitab karyanya. Dikatakan begini begitu mengenai salahnya kitab TOKKU tersebut.

      Walhal, apa yg dimaksudkan TOKKU dlm kitab tersebut tidaklah sama spt apa yg dikatakn mereka.. Tambahan pula, orang yg mengata kpd Tokku itu sendiri tidak pernah pun blajar dengan tokku mahupun mendengar syarah kitab tersebut dengan tokku.. Walhal, kitab karya Tokku itu untuk orang yg mengikuti pengajian di pondoknya. Berguru dengannya. Barulah tiada salah faham.

     Knp ini berlaku? Inilah susahnya belajar hanya dengan buku. Tp tidak mahu mengambil dari orang yg pakar dlm bidang tersebut. Sebaliknya hanya mahu bergantung pada buku. Buku hanya sebagai alat, gurulah penunjuk caranya.

     Buku yang kandungan yg  penuh dengan ayat Al-quran dan hadis-hadis pun, boleh disalahfahami sehingga menatijahkan kesesatan kepada pembacanya.

     Disebabkan itulah, ulama’ zaman berzaman sentiasa menasihati kita agar berjaga-jaga dalam pembacaan buku. Orang yang belajar dengan berguru pun boleh sesat, apatah lagi orang yang tidak belajar dengan guru kan?

     Kalau disingkap kembali sirah Nabi Muhammad, ketika mana penurunan wahyu pertama kepada junjungan mulia rasulullah... kita boleh amik beberapa hikmah....     

     1- ayat pertama yg diwahyukan adalah iqra’ , yg bermakna bacalah, ini menunjukkan kepada kita bahwa umat islam mestilah bermujahadah untuk membaca dan mencari ilmu bagi mengeluarkan kita dari kejahilan.

     2- Yang kedua kita lihat bahawa nabi muhammad membaca Al Quran kali pertama itu adalah diajarkan oleh Malaikat Jibril... Maksudnya... pentingnya berguru itu dalam menuntut ilmu agar kita tidak terjerumus ke dalam lembah kesesatan...

     Tiada masalah untuk kita semua membaca kitab-kitab motivasi agama, sirah para rasul dan sahabat, galakan beribadat dan ancaman terhadap kemaksiatan, dan sebagainya. Namun di sana, ada kitab-kitab yang memerlukan kepada guru yang membimbing. Ada juga yang memerlukan kita membaca, kemudian bertanya kepada guru. Ada juga buku yang boleh dibaca oleh mereka yang sudah mencapai ke tahap pembelajaran yang tertentu. Hukum tak boleh diambil sekadar membaca. Aqidah jauh sekali.

    Jd apa yg nk diperkatakan di sini ialah, kita boleh malah digalakkan sangat membaca buku atau kitab..Tp tidaklah boleh kita letakkan pergantungan ilmu itu pada buku semata.. Ilmu dari buku xleh kita sandarkan pd sape2. Walau buku tu sendiri ada penulisnya. Mungkin apa yg dimaksudkan penulis tidak sama spt apa yg kita faham dari bacaan kita. Kut mana2 pun, perlunya bagi kita utk mencari guru. Guru yg benar2 ahli dlm bidangnya. Dgr syarah, amik sanad. Insya-Allah ilmu yg kita dpt adalah ilmu yg terjamin dan ada berkatnya..

Pesanan utk diriku dan kamu, Berhati-hatilah wahai diri, perhatikan dari mana kamu mengambil urusan agama. Semoga dijauhkan dari pendustaan terhadap Allah dan RasulNya serta melakukan kezaliman terhadap ulamak dan umat Islam.

JOM KITA HIDUPKAN BUDAYA BERGURU

p/s: Sekian dari penulis yg jahil lg daif. Pembacaaan yg dimaksudkan adalah pembacaan buku2 bersifat islamik .

silap n salah, sebarang teguran yg berhikmah sangat2 dialukan..sama2 kita belajar..

8:53 PM

Kematian : Renungilah Umurmu

Posted by .

jom.ingat

 

   Renungkanlah pendeknya umurmu. A ndaikata engkau berumur seratus tahun sekalipun, maka umurmu itu pendek jika dibandingkan dengan masa hidupmu kelak di akhirat yang abadi, selama-lamanya.

     Cuba renungkan, agar dapat istirehat selama dua puluh tahun, dalam satu bulan atau setahun engkau sanggup menanggung berbagai beban berat dan kehinaan di dalam mencari dunia. Tetapi mengapa engkau tidak sanggup menahan beban ibadah selama beberapa hari demi mengharapkan kebahagiaan abadi di Akhirat nanti?
Jangan panjang angan-angan, engkau nanti akan berat untuk beramal. Yakinilah bahawa tidak lama lagi engkau akan mati. Katakan dalam hatimu :

"Pagi ini aku akan beribadah meskipun berat, siapa tahu nanti malam aku mati. Malam ini aku akan bersabar untuk beribadah, siapa tahu besok aku mati."


     Sebab, kematian tidak datang pada waktu keadaan dan tahun tertentu. Yang jelas ia pasti datang. Oleh kerana itu, mempersiapkan diri menyambut kedatangan maut lebih utama dari mempersiapkan diri menyambut dunia. Bukankah kau menyedari betapa pendek waktu hidupmu di dunia ini? Bukankah boleh jadi ajalmu hanya tersisa satu tarikan dan hembusan nafas atau satu hari?

     Setiap hari lakukanlah hal ini dan paksakan dirimu untuk sabar beribadah kepada ALlah. Andaikata engkau ditakdirkan untuk hidup selama lima puluh tahun dan kau biasakan dirimu untuk sabar beribadah, nafsumu tetap akan memberontak. Tetapi ketika maut menjemput kau akan berbahagia selama-lamanya.
Tetapi jika engkau tunda-tunda dirimu untuk beramal, dan kematian datang di waktu yang engkau tidak sangkakan, maka kau akan menyesal dengan penyesalan yang tidak berpenghujung..

Disalin dari  Ustaz Ibnu Nafis.

Sumber Asal : Habib AbduLLah bin Alwi al Haddad, An Nasha'ihud Diniyyah Wal Wasoya al Imaniyyah, Beirut cet 1, 1992, hal 245-246.
Sumber : Novel bin Muhammad Alaydrus, Orang Bijak Berkata - Kumpulan Nasihat Sepanjang Masa, Cet 5 2008, Penerbit Taman Ilmu, Semanggi-

11:08 AM

Bila Diri Disayangi

Posted by .


BILA DIRI DISAYANGI-UKAYS

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera

Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama-Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu

Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,

keagungan Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani

 Bila terkeliru ku ucap nama-Mu,

terasa diriku Kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya

Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini

Di bawah naungan kasih dan sayangMU
Ku berserah diri



p/s: Antara Lagu rock kapak zaman 90 an  yg berunsur ketuhanan..Jauh lg best dari nasyid2 cintan yg ntah ape2, see u di politeknik la, see u di form 6 la..Mee cintan lg best..

6:36 PM

Hanya Untuk Aku.

Posted by .

Assalamualaikum..

     Kaba tak kaba, dah masuk tahun ke 4 meninggalkan sekolah. Bermakna dah tahun ke-4 jugalah berada di UIA. Tinggal separuh lg perjalanan di bumi UIA ni.. Another 3 years counting ahead. Moga tak terkapai2 hanyut di tengah. iium b

    Insya-Allah, sem panjang depan bermulalah eraku dalam Communication Engineering. Alhamdulillah, dpt 1st choice. Punyalah lama asasi kejuruteraan di uia. 2 thn di PJ + 1 thn di Gmbak.  Macam diploma lak.

    Okey, satu nasihat untuk diri aku, belajarlah untuk ilmu. Dapatkan ilmu kerana Allah. Tinggikan nilai ilmu itu dalam diri sendiri. Biar sekecik mana. Biar seremeh mana. Jangan pernah jemu. Insya-Allah, ada berkatnya.

"Ilmu umpama air yang mengalir dari lembah ke muara, tadahlah ia dengan hati yang merendah pada Allah S.W.T"

GOOD LUCK FOR MYSELF.  

 

 

3:22 AM

Kunjungan Habib ‘Umar

Posted by .

    

      Orang kata kalau kita tak update lama blog, jd bersawang, berhabuk..Btul ke?.. Aku tgk blog aku xpernah pun ada habuk..Sebab tu aku xupdate2..haha..dh 10 bulan aku xupdate..ingatkan nk cecah setahun.. Sbnrnya nk je update, draft pun bertimbun..tp tibe2 xterpublish lak.. Tp xpelah.

   Kali ini aku nk kongsi gmbr  ttg MAJLIS MUWASOLAH ANTARA ‘ULAMA n kunjungan habib ‘Umar baru2 ni..Majlis ini bertujuan untuk memupuk pemuafakatan Ulama serta pendakwah tanahair.

     Aku dan beberapa orang sahabat iaitu Sepu, Haidi (ketiga2 student Engineering UIAM Gombak) Nazmi, Syed Saufi, Syafiq Halim (ketiga2 dentist UIAM Kuantan) telah ditugaskan sebagai komiti/sukarelawan untuk program tersebut.

      Moga2 kehadiran kami sedikit sebanyak dapat membantu kelancaran program dan moga2 kami juga dapat mengambil sedikit buah2 akhlak n mutiara2 ilmu drpda para ‘ulama yg hadir. Moga2 kehadiranku berkumpul bersama golongan yg berjuang untuk Islam ini juga mendetikkan hati aku yg lesu dan kotor ini agar kembali kepada mengingatiNya..Insya-Allah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P1000528 P1000526P1000600

                                              MAJLIS MUWASOLAH ANTARA ‘ULAMA

  P1000425P1000591

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

P1000401   P1000339 

KULIAH SUBUH HABIB ‘UMAR DI UIAM

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berita lanjut mengenai muwasolah boleh didapati di link dibawah..

http://habibmahbub.blogspot.com/2010/01/multaqo-ulama-majlis-muwasolah-baina.html

http://iptaf.net/muwasolah.htm

3:40 AM

Syukurkah begini?…

Posted by .

     “Alhamdulillah. Pertama-tamanya, syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan sy kemenangan award ini dan atas kurnia-Nya saya dikurniakan bakat …….” kata seorang artis apabila menerima salah satu anugerah popular tahunan dgn berpakaian yang langsung tidak mencerminkan keperibadian Islam.

Begitulah lebih kurang, antara kata2 kebiasaan artis yg membuatkan aku teringat kpd Anugerah Bintang Popular yg baru diadakan awal bulan april ni..Pasti benda ini berulang..Aku tak tahu..Sebab aku tak tengok..

Rupa2nya bagus artis2 ni. Dalam sibuk mengejar dunia lakonan, rupanya xlupa untuk diri bersyukur pada Sang Pemberi Nikmat.

Ah! Syukurkah ini? Syukur atau Kufur???

Dgn award di tgn, dgn pakaian mnjolok  mata, lidah mudah mengungkap kalimah syukur. Syukur atas bakat yang dikurnia padanya. Persoalannya, untuk itukah Allah memberinya bakat dan kebolehan?syukur allah

Teringat penulis kepada sedikit mutiara kata yang keluar dari Habib Ali slps majlis maulid di Surau Baitul Aman, ketika mana membicarakan bab syukur yang mana isinya yang sempat dipetik lebih kurang di bawah.

100_4041sopi habib alisyahid

Syukur ini disebutkan lebih daripada 70 kali dalam al-quran dgn perbezaan lafaznya. “Anishkurlillah”, “syakuran”, “syukur”, ”syakara” dan sebagainya yang mana semuanya adalah pecahan daripada syukur. Oleh kerana itu peringkat syukur diletakkan oleh Allah S.W.t dalam peringkat yang lebih tinggi daripada sabar.

Kerana orang sabar itu lebih mudah dari orang yang bersyukur. Kerana selalunya orang sabar itu bersabar bila mana ditimpa musibah, yakni timbulnya sabar itu bila ada musibah. Bilamana seseorang itu tidak dpt mengelak daripada sesuatu musibah itu, dia akan bersabar. Tetapi org bersyukur tidak begitu..Dan sebab itulah, orang bersyukur sedikit bilangannya.

Syukur itu terangkum pada 3, iaitu

· syukur bil qolbi (menghadirkan niat atas segala nikmat Allah )

· syukur bil lisan(ucapan)

· syukur bil jawarih(mempergunakan nikmat yang Allah berikan kita sesuai dengan kehendak Pemberi Nikmat)

وقليل من عبادي الشكور

(Saba’ : 13)

Dan sedikit sahaja dari kalangan umatku yang bersyukur.

Kerana apa? Kerana orang bersyukur pada Allah hny bilamana dia dapat apa yang dipinta kpd Allah walhal apa yang sedia ada padanya tanpa dipinta, dilupakan sama sekali. Bilamana sakit, mintak disembuh. Bila sembuh, barulah Alhamdulillah walhal Sepanjang hidup selama ini, bertahun-tahun sihat, xpernah sekalipun bersyukur.

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَن يُؤْمِن بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

(AT-Thaghabun: 11)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) Yang menimpa (seseorang) melainkan Dengan izin Allah; dan sesiapa Yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa Yang telah berlaku itu Dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Moga2 Allah menggolongkan kita daripada golongan yang sedikit.

Falsafah Saidina Umar Al-Khattab, adakalanya musibah itu menjadi nikmat, iaitu nikmatul musibah. Makna kata, kita pun patut bersyukur dan redha atas musibah itu.

Kata Saidina Umar, musibah yang berlaku pada aku, bila mana x berkaitan dengan empat perkara, maka musibah itu nikmat bagi aku.

-->  Bilamana musibah itu tidak mengenai akidah serta keyakinanku, maka semua musibah selain itu adalah nikmat.

-->  ilamana aku dikenakan musibah yg kecik, sedangkan  org lain musibanya lebih besar dariku, maka musibah ku adalah nikmat. Macamana boleh dikatakan nikmat? Nikmatnya ialah aku tidak dikenakan musibah yang lebih besar itu.

--> Bilamana aku diberikan kesabaran kepada musibah yg menimpa kpd aku, maka ia merupakan rezeki daripada Allah utk aku bersabar.

--> Bila mana aku tidak diharamkan daripada ganjaran daripada musibah yg menimpa aku maka itu juga merupakn nikmat daripada allah swt.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

(Ibrahim: 7)

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azabKu amatlah keras"

     PEmuda    Hari ini aku tidur lewat..  mata sukar hndak dipejamkan.. Terbayang2 pelbagai masalah.. Masalah akademik, masalah iman yang sentiasa turun dan naik, masalah keluarga.. Dan banyak lagi.. Aku sedar, aku bknlh org yang  kuat.. Aku x mampu mghdpinya seorang diri tanpa adanya rakan di sisi...

       Ya..Tanpa mereka, aku terumbang-ambing..Aku hiba sendirian.. Ya-Allah, kurniakanlah daku ketenangan dan kekuatan utk terus tabah menghadapi ujianmu…

Aku berfantasi lagi . . . . .

       Tiba2, aku tersentak dgn bunyi salakan anjing yang menggugah jiwaku..Nyaring sekali..Diselangi dengan ngiauan kucing sayup mendayu-dayu..Seakan-akan meminta pertolongan n belas kasihan..

       Ahh..Ini  semua nyata menggangguku yg baru terlena. Kulihat jam dinding tepat menunjukkan jam 3 pagi..

       Kembali pada anjing tadi... Semakin galak ia menyalak dan semakin kuat juga bunyi si kucing mengiau. Bingkas aku bangkit dari katil ku menuju jendela. Masya-Allah….

     Dari kejauhan nun di hujung jalan, apa yang aku saksikan bnr2 menyayat hatiku. Seekor anjing cuba menggigit seekor anak kucing yg nyata sekali bkn lawannya. Ku lihat anak kucing itu nyata sekali berusaha mempertahankan dirinya. Pekikan halusnya bnr2 menyentuh jiwaku. Aku hanya berdiri di jendela ku. Hendak ku turun ke laman, nanti tak pasal-pasal aku yang jadi mangsa gigitan anjing durjana tu. Apa yang aku lakukan untuk menyelamatkan si anak kucing yang cuba mempertahankan dirinnya itu?Berdiri , melihat dan mendengar anak kucing itu memekik penuh derita sahaja…


      Tanpa ku sedari air mata ku mengalir membasahi pipiku… Sedih… Aku tidak cuba untuk menyelamatkan anak kucing malang itu. Hatiku bagaikan tersentak. Aku
insaf melihatkan bagaimana tubuhnya yang kecil itu cuba melawan binatang yang mengganas. Kaki kecilnya yang tak berdaya cuba untuk mencakar-cakar
anjing-anjing jahanam itu.

      Tanpa rasa belas kulihat, anjing gila itu cuba memamah tubuh kecil yang memberontak mempertahankan dirinya daripada menjadi mangsa keganasan anjing durjana itu. Innalillahi innalillahi rojiun… suara pekikan anak
kucing itu semakin lemah dan akhirnya senyap. Salakan anjing durjana itu juga tidak kedengaran lagi. Anjing durjana itu tadi menolak-menolak tubuh si anak kucing. Anak kucing itu tidak bergerak lagi….

      Astaghfirullahal ’azim… Ya Allah… ampunilah dosa ku…. Adakah rasa keinsafan ku ini hanya sementara?...  Fikiranku menerawang jauh..Menerawang memikirkan peristiwa yg menyayat hati tadi.. Adakah ini sebenarny yg kita lakukan… Maksudku… dlm kita bergembira dan menikmati hidup dgn sempurna dgn izin Allah, saudara-saudara seIslam kita di tempat lain berjuang nyawa mempertahankan kesucian Islam. Dan juga dlm masa yg sama kita di sini yg mengaku Islam tanpa disedari melelong kesucian Islam.


Nauzubillahi min zalik….

Banyak juga yang aku fikirkan…. Sahabat ku, cubalahfikir sejenak…. Kenapa kita umat Islam diibaratkan spt anak kucing yang kecil, x bermaya, kesorangan dan hanya mampu memekik sahaja. Sedangkan Yahudi (terutamanya) dan org kafir umpama anjing besar yang kelaparan….fikirlah sejenak…. Adakah kita umat islam di sini, seperti aku yang hanya berdiri menyaksikan penderitaan anak kucing itu tanpa berbuat apa-apa. Hanya mampu mengasihani sahaja… dan membiarkan sahaja kegilaan anjing-anjing itu berleluasa.

Walaupun zaman kini umat islam terlalu ramai, tetapi kita hanya diibaratkan spt buih2 di lautan.. Sekali terpukul ombak, merata2lah kita.. Fantasiku, Moga2 kita bersatu di bawah payung Islam dan berpegang teguhlah dengannya, agar banyaknya kita bukanlah sebagai buih, tapi bnykny kita utk mnjd tsunami yg bakal mengegar n memporak-perandakan musuh-musuh Islam.. Spt mana kata akhi naim dalam satu tajuk blognya, Menerobos Fantasi, Menggapai realiti..MOGA2, FANTASI INI TERBUKTI REALITI….

"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". (Al-Baqarah : 286)

 

PADA : 11 APRIL 2009
TEMPAT : MASJID NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR
MASA :  Selps Solat ASar –->  Solat Isyak

Makan Malam Disediakan + Makanan Sampingan !!!

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
MASJID NEGARA MALAYSIA, KUALA LUMPUR 11/4/09

Pnceramah :

1. Asy-Syeikh Dr. Salim Alwan Al-Hasany
- Pengerusi Darul Fatwa Ausralia (Berketurunan Rasulullah Dari Nasab Sayyidina Hasan)

2. Asy-Syeikh Dr. Ali Gomaa Mohamed Abdelwahab
- Mufti Kerajaan Mesir

3. Asy-Syeikh Dr. Tariq Laham Al-Husainy
(Berketurunan Rasulullah Dari Nasab Sayyidina Husain)

4. Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Ar-Rembawi Al Maliki
- Penasihat, Yayasan Sofa Negeri Sembilan

5. Habib Umar Hamid Al-Gailani (Makkah)

6. Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hasani (Makkah)
- Membacakan Qasidah Burdah

7. Dr. Ahmed Omar Hashem - Mantan Rektor, Universiti Al-Azhar, Mesir

8. Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
- Fello Kehormat ISTAC

9. Prof. Dr. Rafi’ Al-Ani
- Mufti Negara Iraq

10. Maulud Ad-Daiba’ie Oleh Habib Hassan Bin Mohammed Salim Al Attas
(Singapura)

11. Syed Abbas Alawi Al Maliki Al Hasani (Makkah)

12. Sheikh Maulana Afeef Uddin Al Gailani


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
+++ BONUS +++
Berdoa Bersama-Sama Ulama' Di Penghujung Majlis.
UMAT ISLAM DARI SELURUH PELUSUK NEGARA DAN RANTAU NUSANTARA DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI BAGI MENAMBAHKAN GEMILANG SERI MAJLIS ILMU BERSAMA PARA ULAMA' BERTARAF DUNIA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM….